Monday, May 05, 2014

Seoul - Day 6

Halo. Bertemu kembali. Bagaimana Isnin anda? Oleh kerana handphone tuan tanah dah masuk bengkel, jiwa agak kacau. Jangan tak percaya tuan tanah dah buat itinerary ke Seoul during winter season. Padahal takda pun dalam jadual travel tuan tanah untuk ke sana lagi. Seoul mententeramkan jiwa. Cewahhh. Ok jom sambung baca hari ke 6 kami di sana. Sebab hari ke 7 dah nak balik Malaysia.

Plan kami nak makan ikan bakar di Dongdaemun. Berbekalkan info dari blog Skampung tuan tanah & mimi buat keputusan nak pergi untuk makan tengah hari. Sebelum tu dah janji dengan Klara nak jumpa di Dongdaemun Station Exit #2. Btw, si Klara ni takde internet. Dia memang mengharapkan belas ihsan internet dirumah kawannya atau dimana mana free wifi. 


sumber: Skampung  

Directions: Turun di Dongdaemun Station (Line 1, Exit #8) akan keluar betul betul tepi JW Marriot Hotel. Exit #2 dalam gambar ni kalau keluar dari Dongdaemun Underground Shopping Centre.

Dalam ramai ramai bloggers. Skampung punyalah yang paling tuan tanah paham & rasa mudah. Tapi bear in mind, jangan salah macam tuan tanah tau. Bijak pandai. Turun di Dongdaemun Station Exit 2. HEBAT! Agak menapak sikit. Tapi takpa. Kalau anda Exit 2 tu anda straight je sampai jumpa big intersection. Lintas jalan tu kekiri anda. Kiranya nanti anda akan datang dari arah Exit #8 macam gambar kat atas. Kesian Klara sebab dia pun salah juga. Terpaksa masuk coffee shop semata nak dapat internet untuk message kami. Seeeeee internet penting okayyyyy.

Yang benar tuan tanah salah tengok map Skampung tu. Rupanya no 2 dalam map tu adalah underground shopping centre. Hehehe


Sumber : WanderlusDJ

Memang save gambar ni siap siap kat handphone untuk makan dikedai yang sama. Thanks DJ! hehehe. Motif save sebab tak pandai baca Hangul kan. Masa tengah duk cari kedai ni, ada satu family melayu dari Malaysia pun tengah cari. Terus borak borak sambil jalan ke kedai dan of course la beramah mesra. Soalan wajib: Dah berapa hari kat sini? Bila balik? 


Tadaaaa! Walaupun bahasa tu memang satu masalah antara kami dan ahjumma, ini tidak mematahkan selera kami untuk mencuba. Ikan kecik tu diberi secara percuma oleh ahjumma. Selain dari makan ikan bakar, kami makan sondobu jigae jugak. Dan spicy squid. Maaf takdak dalam gambar. Lapar sangat dah. Tak sempat snap lepas dapat makanan.

Dah kenyang makan kami teruskan ke Namdaemun. Bayangkan hari last baru terhegeh nak ke Namdaemun market. Tak lama pun kami kat sana since hari hujan renyai renyai. Dan yang sebenarnya macam tak menepati citarasa kami gituuu. Tapi kat sini tshirt I Love Korea murah. Dan boleh bargain. Compared dengan kat Myeongdong. Banyak pekedai kat sini nampak kami je terus tanya "Apa Khabar" Pancing lettewww 




Dari Namdaemun, kami berjalan ke Myeongdong. Agak lengang waktu tu sebab masih siang. Tapi apa ada hal, jalan saja. Masuk juga ke kedai music. Tapi agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kedai di underground market di Myeondong Station. 


Dari jalan jalan di sekitar sana, kami mencari kedai makan yang famous kalangan bloggers. Ntahlah kedai nama apa. Haha. Yang famous dengan spicy octopus tu. 


Tak paham? Takpa. Jangan risau. Dari Myeongdong Station Exit #8, masuk simpang kiri anda sejurus exit #8 tu. Jalan tak sampai 100 meter anda akan jumpa kedai nama Artbox belah kiri anda. Kedai makan ni atas kedai Artbox tu.

Paling best, waiter yang served kami boleh berbahasa inggeris. Mudah sangat nak order. Menu pun ada dalam bahasa inggeri. Jangan risau.


Inilah spicy octopus ni. Boleh mintak level spicyness ye. Kami mintak level 1 je. Dia punya pedas memang heaven! Kesian Mimi takleh nak enjoy sangat sebab tekak dia sakit.


Octopus tu disertakan sekali dengan wrap ni. Dan boleh mintak lagi kalau habis. 


Kami juga order cold noodle dia. Ya Allah pedas dia kalah pedas spicy octopus tu. Sejuk. Kejung. Pedas. Boleh bayangkan tak? Nasib ada telur yang seperti distim kot? Boleh la bantu kurangkan kepedasan makan kat sini.

Anda juga boleh makan octopus tu dengan nasi, tapi waiter tu suggest lepas habis makan baru order nasi. So dia boleh gaulkan nasi diatas kuali octopus tadi. Bersama dengan seaweed. Mimi & Klara tak nak. Tengok sotong banyak lagi. Sayang pulak kan. Jadi tuan tanah order untuk seorang je.



Tadaaaa! Nasi siap & ready to go. Tapau bawak balik guesthouse. Memang feel betul. Siap ajak waiter tu datang Malaysia. Tu pun sebab handsome. Cuba kalau tak handsome. Duduk je la kerja situ diam diam. Hehehehe jahat kan?

Lepas makan kami jalan jalan di sekitar Myeongdong semula. Beli selagi boleh. Sempatla beli stoking kiut miut untuk diri sendiri untuk 1,000won sepasang. Murah sungguh. Memang lupa diri. 

Bila dah settle semua, peluk cium sikit dengan Klara. Pulang ke guesthouse. Berat sungguh kaki ni nak balik sebab kena final kemas bag. Esok jam 7.30am taxi akan datang ambil kami. Oh ya, kami mintak guesthouse yang carikan taxi untuk kami. 


AS AT JANUARY 2016, KEDAI NI DAH TUTUP. DIGANTI DENGAN KEDAI LAIN YANG PROVIDE BUL NAKJI JUGA TAPI DIFFERENT TASTE. HARAP MAKLUM

8 comments:

  1. amboi2 dah ade plan nak repeat rupenye ... huhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Azra, berangan je. Kalau ada rezeki kan dah ada itinerary hihihi. Nak balik kampung korang la ni~~

      Delete
  2. Naz kiranya hari ke 6 hari tuk hunting food lsh yek
    Ahaha kelakar lah ber selfie ngan funny face tu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, mana mana pergi pun memang asyik food hunting je kami ni. Orang lain duk jalan visit tempat org.

      Delete
  3. salam..sis, bole tak share total budget. sbb sy nak pegi bln nov, backpacking. tak shopping. just nak enjoy tempat2 kat sane. klau ade hrga full, bolela sy berkire kire nak mkn bnyk sikit =).. hope dpt shrae klu tak keberatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sara. boleh refer http://ella_elly.blogspot.com/2014/03/perbelanjaan-di-jeju-seoul.html

      kalau nak tau lebih nnt email sy ye. sbb sy tak jumpa email add awk.

      Delete
  4. sis boleh tanya berapa harga makan kedai octopus tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!! Total kitorang makan bertiga lebih kurang ₩60,000.

      Delete